World Template

 

 

 

 

 

 

 

BERSATU MEMPERKASAKAN EKONOMI UMMAH

Welcome to Walit Power Sdn Bhd 

image 4

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Walit Power Sdn Bhd ditubuhkan pada 18 Disember 2012 oleh En. Ibrahim Bin Mohammed selaku Ketua Pegawai Eksekutif yang bertekad mengembangkan sayap perniagaannya bagi membantu para usahawan dengan menubuhkan perniagaan jualan langsung yang diyakini dapat menjadi wadah perjuangan yang mengukuhkan ekonomi ummah.

Sebagai seorang kontraktor pakar binaan rumah burung walit, beliau merasa terpanggil untuk memastikan harga dan pasaran sarang burung walit yang diusahakan oleh para pengusaha tempatan terus berkembang dan stabil. Apatah lagi khasiat sarang burung walit bagi penjagaan kesihatan dan kecantikan amat menakjubkan lagi terbukti. Atas semangat dan itizam  tersebut beliau menubuhkan Walit Power Sdn. Bhd. bagi menghasilkan produk-produk bermutu berasaskan khasiat dan keistimewaan sarang burung walit.

Produk pertama yang dihasilkan adalah dengan menggabungkan kebaikan sarang burung walit dan buah-buahan yang sangat istimewa dan terpilih yang jelas diterangkan dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW. Ianya dicerna dengan sebegitu hebat menggunakan air Zam-zam sebagai medium campuran agar produk ini bukan saja berkhasiat secara zahirnya malah memiliki keberkatan berbentuk kerohanian dan aura tersendiri. 

Para usahawan sekelian adalah diseru untuk mengambil peluang bersama Walit Power Sdn. Bhd. dengan produk hebat dan pelan pemasaran yang mudah dan sangat-sangat menguntungkan. Peluang terbuka luas dan pasaran sedang menanti kita.

"BERSATU MEMPERKASAKAN EKONOMI UMMAH"

Misi

  • Mencipta rangkaian produk-produk kesihatan yang bermutu tinggi yang berupaya menambahkan tahap kesihatan jasmaniah dan rohaniah.

  • Memberi kemudahan bagi usahawan mengembangkan ilmu  dan memantapkan pencapaian perniagaan kearah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat dan negara.

 

Visi

  • Walit Power Sdn Bhd komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM dan membentuk usahawan yang dinamik, progresif, berwibawa dan kukuh ekonomi.

 

Objektif

  • Mencipta rangkaian produk-produk kesihatan yang bermutu tinggi yang berupaya menambahkan tahap kesihatan jasmaniah dan rohaniah.

  • Menjadi pengeluar dan pengedar barangan minuman kesihatan tersohor di Malaysia.

    Memimpin industri minuman kesihatan di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan berwawasan serta memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan yang kukuh dan berdaya maju